Berkata Ibnu Mas'ud r.a :
Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan kematian perawi-perawinya. Demi Tuhan yang jiwaku di dalam kekuasaanNya! Sesungguhnya orang-orang yang syahid dalam perang sabil lebih suka dibangkitkan oleh Allah nanti sebagai ulama', kerana mereka mengetahui kemuliaan ulama'. Sesungguhnya tak seorang pun dilahirkan berilmu. Ilmu diperoleh dengan belajar.
Akan datang kepada manusia suatu masa ketika kemanisan hati berubah menjadi masin. Sehingga pada hari itu, orang yang berilmu dan orang yang memepelajari ilmu tak dapat mengambil manfaat dari ilmunya. Maka hati orang-orang berilmu seumpama tanah kosong yang bergaram yang turun atasnya hujan dari langit maka tidak juga menjadi tawar. Iaitu, apabila condong hati orang berilmu kepada cinta dunia dan melebihkannya atas cinta akhirat, maka pada saat itu dicabutlah oleh Allah sumber-sumber hikmah dan dipadamkanlah lampu petunjuk dari hati mereka. Maka akan berceritalah kepadamu orang yang berilmu di antara mereka itu, ketika engkau menjumpainya bahawa ia takut kepada Allah dengan lisannya, sementara kezaliman jelas kelihatan pada amal perbuatannya. Alangkah suburnya lidah mereka dan tanduslah hati mereka ketika itu! Tidaklah terjadi yang demikian itu selain kerana para guru mengajar bukan kerana Allah dan para pelajar belajar bukan kerana Allah.
Bukanlah ilmu itu satu kemahiran bercerita tetapi ilmu itu (menimbulkan) taqwa kepada Tuhan.
Al-Quran diturunkan untuk diamalkan. Maka ikutlah pelajaran tentang dengan amalan. Dan akan datang suatu kaum yang mebersihkan al-Quran seperti membersihkan solekan. Mereka itu tidak termasuk orang-orang yang baik. Orang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya adalah seumpama orang sakit yang menerangkan tentang ubat dan seumpama orang lapar yang menerangkan tentang kelazatan makanan sedang makanan itu tidak dimilikinya.
Orang yang memberi fatwa kepada manusia mengenai tiap-tiap persoalan yang dimintakan kepada mereka fatwanya, adalah orang gila. (Dan seterusnya beliau berkata) :Benteng orang alim ialah 'laa adri' (saya tidak tahu). Jika ia meruntuhkan benteng itu, nescaya telah mendapat bencana tempat-tempat ia berperang.
Petunjuk yang baik pada akhir zaman adalah lebih baik daripada banyak amal perbuatan. (Dan berkata Ibnu Mas'ud r.a. pada tempat yang lain) : Kamu sekarang berada pada suatu masa di mana orang-orang baik di antaramu, segera melakukan segala pekerjaan. Lalu akan datang sesudahmu nanti suatu masa, di mana orang-orang baik di antara mereka bersikap teguh lagi berhati-hati dalam mengerjakan sesuatu kerana banyaknya perbuatan syubhah ( yang diragu halal-haramnya ).
Kamu sekarang berada dalam satu zaman di mana hawa nafsu mengikut ilmu. Dan akan datang kepadamu nanti suatu zaman di mana ilmu mengikut hawa nafsu.
Apabila seseorang meminta-minta dalam masjid, maka mustahak tidak diberi. Dan apabila ia meminta-minta dengan membaca al-Quran, janganlah engkau beri.
Bahawa seorang lelaki telah beribadah kepada Allah selama 70 tahun. Kemudian dia melakukan perbuatan keji, maka binasalah amalannya. Kemudian dia melewati seorang miskin dan menyedekahkannya sepotong roti. Maka diampuni oleh Allah dosanya dan dikembalikan kepadanya (pahala) amalannya selama 70 tahun itu.
Aku peringatkan kamu dari berlebih-lebih dalam berkata-kata. Cukuplah bagi seorang manusia sekadar menyampaikan hajat.
Tiada suatu hari pun melainkan di dalamnya malaikat berseru: Hai anak Adam ! Yang sedikit tapi memadai bagimu, lebih baik daripada yang banyak tapi menganiaya kamu.
Hendaklah kamu menjadi airmata ilmu, lampu petunjuk, banyak berdian di rumah, pelita malam, sunyi hati dari selain Allah, memakai pakaian dari kain buruk, terkenal di kalangan penduduk langit dan tersembunyi di kalangan penduduk bumi.
Sudah merupakan dosa bagi seseorang apabila dikatakan kepadanya bertaqwalah kepada Allah! Lalu ia menjawab : Jagalah dirimu sendiri.
Akan datang suatu kaumj yang meninggikan tanah liat dan merendahkan agama. Mereka mengenderai kuda Romawi, mengerjakan sembahyang menghadap kiblatmu, dan mati tidak dalam agamamu.
Dunia adalah kerisauan dan dukacita. Apabila terdapat kesenangan di dalamnya, maka itu bererti keuntungannya.
Dua rakaat solat yang dilakukan oleh seorang alim (berilmu) yang mengerti dan ikhlas (tidak rakus kepada dunia), lebih baik daripada ibadah para ahli ibadah sepanjang masa.
Seorang mukmin melihat dosanya sebagai bukti yang akab merobohinya, sedang seorang munafiq melihat dosanya sebagai lalat yang akan menghinggapi hujung hidungnya, dan kemudian diusir dengan tangannya.
Syaitan pada diri orang mukmin bertubuh kurus- kurus.
Allah SWT membenci seorang pembaca (al-Quran) yang bertubuh gemuk.
Apabila kalian menginginkan ilmu pengetahuan, maka selidikilah al-Quran, sebab di dalamnya termuat ilmu-ilmu orang-orang yang terdahulu dan terkemudian.
Al-Quran diturunkan untuk diamalkan isinya. Sesungguhnya ada di antara kalian seseorang yang membaca al-Quran dari permulaan sampai penghabisan tanpa meninggalkan satu huruf pun tetapi abai mengamalkan kandungannya.
Saya benar-benar benci melihat orang yang hanya mengaanggur saja, dan tidak berusaha untuk memenuhi kepentingan keduniaanmahu pun keakhiratannya.
Pada akhir zaman akan banyak sekali orang yang menyelenggarakan ibadah haji tanpa sebab. Mereka melakukannya dengan perasaan ringan dan sama sekali tanpa kesukaran. Mereka sangat luas rezekinya dan berlimpah ruah hartanya. Tetapi mereka kembali tanpa mebawa pahala, tertutup dari rahmat Allah serta terampas semua ganjarannya. Untanya melintasi padang pasir, sedang tetangganya yang mengikat perutnya kerana sangat kelaparan, tidak dihiraukan, apalagi ditolongnya.
Di antara kata-kata bersayapnya ialah :
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati;
Sebaik-baik bekal ialah taqwa;
Seburuk-buruk buta ialah buta hati;
Sebesar-besar dosa ialah berdusta;
Seburuk-buruk usaha ialah memungut riba;
Seburuk-buruk makanan usaha ialah makan harta anak yatim;
Siapa memaafkan orang akan dimaafkan Allah;
Dan sesiapa mengampuni orang akan diampuni Allah.
Petikan dari "HIMPUNAN MUTIARA KATA PARA BIJAKSANA UNTUK MUHASABAH DIRI" -
Muhammad Baihaqi.
Selasa, 25 Maret 2008
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar